KingKoil Bedding (M) Sdn Bhd
ENGLISHBAHASA MALAYSIA

DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI KINGKOIL CORPORATION (M) SDN BHD (349558-A)

Kami menghargai privasi anda dan kami menghormati semua Data Peribadi yang anda berikan kepada kami. Dasar Perlindungan Data Peribadi ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Dasar Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa dengan memaparkan Dasar Perlindungan Data Peribadi yang dikemaskini di laman web kami.

Jika anda ialah ejen, vendor, pembekal atau penyedia perkhidmatan, peruntukan Data Peribadi anda ialah mandatori dan kegagalan memberikan Data Peribadi anda boleh dianggap melanggar undang-undang atau keperluan kawal selia serta boleh menyebabkan KingKoil Corporation (M) Sdn Bhd (349558-A)tidak dapat melantik anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau membuat bayaran kepada anda bagi produk atau perkhidmatan yang disediakan.

Dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini:

" KING KOIL ", " kami " atau " kita " bermaksud secara kolektif, ialah KingKoil Corporation (M) (349558-A)

" Data Peribadi " bermaksud apa-apa maklumat secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan anda (atau mana-mana individu lain) setakat mana anda (atau individu lain) dikenalpasti atau boleh dikenalpasti daripada maklumat yang anda berikan kepada KING KOIL;

" Produk dan Servis " bermaksud mana-mana produk, servis atau kemudahan yang disediakan oleh KING KOIL kepada anda.


  1. DATA PERIBADI
    1. APA YANG KAMI PEROLEHI DARIPADA ANDA

      " Data Peribadi " bermaksud maklumat tentang anda, iaitu yang boleh mengenal pasti diri anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, butiran bank, butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status residen, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, minat, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan di syarikat anda bekerja, butiran syarikat anda, industri bidang kerja anda, sebarang maklumat tentang anda yang anda berikan kepada KING KOIL dalam borang pendaftaran, borang permohonan, penyata jualan, laman web, halaman pendaratan atau sebarang borang serupa yang lain dan/atau sebarang maklumat tentang anda yang telah atau boleh dikutip, disimpan, digunakan dan diproses oleh KING KOIL dari semasa ke semasa, serta mungkin termasuk data peribadi yang sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, agama atau kepercayaan serupa yang lain.

    2. BAGAIMANA DATA PERIBADI ANDA DIKUMPUL

      Kami mengumpul Data Peribadi anda:

      1. apabila anda mendaftar untuk membeli atau mendaftarkan minat anda dalam Produk dan Servis kami;
      2. apabila anda melawat laman web kami;
      3. apabila anda melawat premis kami;
      4. melalui apa-apa urus niaga, komunikasi, kontrak dan urusan dengan kami;
      5. daripada mana-mana syarikat dalam KING KOIL;
      6. daripada sumber-sumber maklumat yang boleh didapati secara umum.

      Sila ambil perhatian bahawa Data Peribadi tertentu yang diminta adalah wajib untuk anda bekalkan kepada kami dan anda bersetuju kepada penggunaan, pemprosesan dan pendedahannya. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan Data Peribadi seperti yang diminta, kami mungkin tidak dapat menyediakan anda Produk dan Servis kami atau memberikan anda maklumat berkenaan Produk dan Servis kami.

    3. TUJUAN MENGUMPUL DAN MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA

      Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda:

      1. untuk berkomunikasi dengan anda;
      2. untuk menyediakan Produk dan Servis kepada anda;
      3. untuk memberikan anda maklumat, kemaskinian dan bahan-bahan pemasaran tentang Produk dan Servis kami;
      4. untuk memproses dan membalas permohonan, pertanyaan atau permintaan anda;
      5. untuk menjalankan tinjauan dan analisis pasaran;
      6. untuk menjalankan tinjauan dan analisis pasaran;
      7. untuk mematuhi undang-undang, prosiding atau pertanyaan daripada pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan dan untuk apa-apa tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan;
      8. untuk aktiviti-aktiviti dalaman dan pentadbiran kami;
      9. sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan untuk premis kami;
      10. untuk aktiviti-aktiviti perniagaan lain KING KOIL;
      11. untuk apa-apa tujuan lain berkaitan dengan kontrak anda dengan kami.

  2. PENDEDAHAN
    1. Data Peribadi anda boleh dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi pelbagai Tujuan dan Tujuan Tambahan. Selain itu, KING KOIL boleh melantik syarikat lain, penyedia perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan tugas bagi pihaknya dan selanjutnya boleh menyediakan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga yang berkenaan. Pihak ketiga yang dirujuk dalam Seksyen ini termasuk (tidak terhad kepada):-
      • Peguam cara antarabangsa
      • Pegawai bank/ pegawai kewangan/ broker gadai janji & akauntan antarabangsa
      • Pengurus harta tanah/ ejen penyewaan
      • Pemaju antarabangsa
      • Ejen penghantaran seperti vendor surat khabar dan agen berita;
      • Rakan niaga dan pengiklan KING KOIL, yang mana termasuk pihak yang berusaha sama dengan KING KOIL dalam acara, program dan aktiviti tertentu;
      • Syarikat pengurusan acara dan penaja acara;
      • Syarikat penyelidikan pemasaran;
      • Penyedia perkhidmatan, termasuk, penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk infrastruktur, perisian dan kerja-kerja pembangunan;
      • Penasihat profesional dan juruaudit luaran, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan perunding;
      • Entiti lain di dalam KING KOIL; dan
      • Pihak berkuasa kerajaan hendaklah mematuhi keperluan statut, kawal selia dan kerajaan.

    2. Data Peribadi anda turut boleh dikongsi berhubung dengan transaksi korporat, seperti jualan subsidiari atau divisyen, penggabungan, penyatuan atau jualan aset, atau dalam keadaan luar jangka sesuatu pembubaran.

    3. PAUTAN KE LAMAN WEB PIHAK KETIGA

      Laman web kami boleh mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Harap maklum bahawa KING KOIL tidak bertanggungjawab terhadap kutipan, penggunaan, penyenggaraan, perkongsian atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga berkenaan. Jika anda memberikan maklumat terus ke tapak sedemikian, dasar privasi dan syarat perkhidmatan tapak tersebut dikenakan dan KING KOIL tidak bertanggungjawab terhadap amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi tapak itu.

  3. KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA
    1. Kami telah melaksanakan polisi-polisi keselamatan, peraturan-peraturan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, penggunaan atau pendedahan yang tidak patut, pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pemusnahan yang menyalahi undang-undang atau kehilangan yang tidak disengajakan. Semua pekerja-pekerja dan pemproses data kami yang mempunyai akses kepada dan terlibat dengan pemprosesan Data Peribadi anda adalah bertanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan Data Peribadi anda.
    2. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selagi tujuan ia dikumpulkan untuk masih sah dan selepas itu, selama tempoh yang ditetapkan dan/atau dibenarkan oleh undang-undang Malaysia.

  4. AKSES KEPADA DAN PENGKEMASKINIAN DATA PERIBADI ANDA
    1. Kami berusaha untuk merekodkan Data Peribadi anda dengan betul dan ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dan Data Peribadi individu lain yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan terkini. Sekiranya Data Peribadi tersebut telah menjadi tidak betul atau tidak lagi terkini, sila hubungi kami untuk membetulkan dan mengemaskininya. Anda juga mengesahkan bahawa anda mempunyai kuasa atau kebenaran untuk mengemukakan Data Peribadi individu lain kepada kami.
    2. Anda berhak untuk mengakses Data Peribadi anda, tertakluk kepada pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang. Anda boleh memohon untuk sesalinan, pembetulan atau pengemaskinian Data Peribadi anda dengan menulis kepada kami di butiran hubungan di bawah. Kami mungkin mengenakan bayaran yang ditetapkan untuk memproses permohonan anda untuk sesalinan Data Peribadi anda.

  5. MENGEHADKAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
    1. Anda boleh pada bila-bila masa mengehadkan pemprosesan atau meminta penyingkiran Data Peribadi anda daripada pangkalan data kami dengan menulis kepada kami di butiran hubungan yang di bawah. Sila ambil perhatian bahawa, sekiranya anda berbuat demikian, kami mungkin tidak boleh lagi menyediakan anda dengan Produk dan Servis kami atau maklumat yang berkaitan dengan Produk dan Servis kami.
    2. Dalam ketiadaan pemberitahuan bertulis daripada anda, kami menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan cara pengumpulan, pengunaan dan pendedahan Data Peribadi anda sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini.
    3. KING KOIL berhak mengubah suai, mengemas kini atau meminda syarat Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis di Laman webnya atau melalui mel elektronik. Apabila anda meneruskan komunikasi dengan KING KOIL, dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan KING KOIL, pembelian melalui KING KOIL atau dengan interaksi yang berterusan dengan KING KOIL, selepas pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, maka tindakan ini menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan yang dibuat.

      Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


  6. HUBUNGI KAMI

    Anda boleh menghubungi kami secara bertulis di:

    Alamat : KINGKOIL Corporation (M) Sdn Bhd (349558-A)
    2C-5 Level 5, Jalan SS6/6 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

    Perhatian: Senior Account Manager

    Emel : bed@kingkoil.com.my

    Atau hubungi kami di talian : 03-7805 4766